Section Home
About Us
Services
Special programmes
 
Structure
Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru SDAR, Seremban
Senarai Ahli Jawatan Kuasa PIBG SDAR 2010/2012

Tn Hj Zakaria bin Md Zin : Penasihat PIBG
Tn Hj Ramly bin Khairuddin : Yang DiPertua
Tn Prof. Ir Dr Zamri bin Chik : Naib Yang DiPertua
Pn Umi Kelsom bt Nayan : Setiausaha Kehormat
Pn. Zarina binti Abdul Samad : Bendahari Kehormat
En Kamarul Azman bin Mustapha Kamal : AJK
En Ishak bin Hj Awang : AJK
En Wan Mohd Rozi bin Wan Abdul Rahman : AJK
Tn Hj Shamsul Azlan bin Mohd Noor : AJK
En Mohamad Reza bin Yahaya : AJK
Dr Nur Ainita bt Harun : AJK
Pn Zarinah binti Abdul Shukor : AJK
En Wan Mohd Arif bin Wan Mohd Zin : AJK
En Wan Muhammad Taufiq bin Wan Yusuff : AJK
Pn Fatimah binti Abdul Rahim : AJK
Cik Farah Nadia binti Asmady : AJK

En Ahmad Tamrin bin Mohamed : Pemeriksa Kira-kira

Pn Norhafizah bt Muhammad :Pemeriksa Kira-kira






AKTA PELAJARAN 1996

(KAEDAH-KAEDAH PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU, 1998)

PERLEMBAGAAN

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU -GURU

SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK, SEREMBAN



A. Nama dan alamat

(1) Persatuan ini adalah dikenal dengan nama PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK, SEREMBAN.

(2) Alamat yang didaftar bagi Persatuan ini ialah Sekolah Dato' Abdul Razak, Sungai Gadut, 71450 Seremban.


B. Tujuan Persatuan

(1) Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah dalam meningkatkan imej sekolah.

(2) Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan-kegiatan mereka.

(3) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan.

(4) Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu dengan lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya.

(5) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.


C. Tempat diadakan mesyuarat

Mesyuarat-mesyuarat Persatuan akan diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban.




D. (1) Keanggotaan

Tiap-tiap ibu bapa dan guru di Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban adalah disifatkan sebagai ahli persatuan ini.

(2) Jawatan Kuasa

(i) Satu Jawatan Kuasa mengandungi pegawai-pegawai berikut hendaklah dilantik di mesyuarat agung tahunan :

(a) Yang Dipertua
(b) Naib Yang Dipertua
(c) Setiausaha Kehormat
(d) Bendahari Kehormat
(e) Sembilan (9) orang ahli jawatankuasa

(ii) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam mesyuarat agung tahunan. Semua pegawai-pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.

(iii) Mana-mana kekosongan yang berlaku dalam Jawatankuasa hendaklah dipenuhi oleh Jawatankuasa dengan melantik seorang ahli biasa yang akan memegang jawatan hingga mesyuarat agung tahunan yang akan datang.

(3) Tugas-tugas Jawatankuasa

(i) Tugas Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kegiatan-kegiatan Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh mesyuarat agung.

(ii) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) bulan dan empat belas (14) hari pengumuman hendaklah diberikan kepada ahli-ahli.

(iii) Yang Dipertua dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada tiga (3) orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa.

(4) Tugas Pegawai-pegawai

(i) Yang Dipertua hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan. Dalam masa ketiadaannya, Naib Yang Dipertua hendaklah memangku jawatannya.


(ii) Setiausaha Kehormat hendaklah menjalankan urusan Persatuan menurut Perlembagaannya, dan melaksanakan arahan-arahan mesyuarat agung dan mesyuarat Jawatankuasa. Ia hendaklah menyimpan minit-minit semua mesyuarat, menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua buku-buku, surat-surat dan rekod-rekod lain. Ia hendaklah menyediakan laporan untuk dibentangkan kepada mesyuarat agung tahunan dan minit-minit yang berkenaan dengannya.

(iii) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggung jawab di atas kebetulannya. Ia hendaklah menyediakan penyata kira-kira bagi tiap-tiap tahun kewangan sebelum 1hb Februari dan diserahkan untuk diodit.


E. Pendapatan

Persatuan hendaklah menubuhkan satu kumupulan wang ke dalam mana yang hendaklah dibayar semua derma atau sumbangan daripada mana-mana ahli terhadap tujuan-tujuan Persatuan, dan kumpulan wang itu hendaklah diuruskan oleh Persatuan.


F. Kuasa bagi membelanjakan wang Persatuan

(i) Kuasa untuk membelanjakan wang Persatuan ialah Jawatankuasa Persatuan dengan syarat ianya digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan persatuan.

(ii) Bendahari Kehormat dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada Lima Ratus Ringgit Malaysia Sahaja (RM500.00) pada sesuatu masa dan memasukkan semua wang yang lain ke dalam sebuah bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Akaun bank itu HENDAKLAH di atas nama Persatuan.

(iii) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Bendahari dan Yang Dipertua atau Setiausaha .

(iv) Tahun Kewangan Persatuan ialah 1hb Januari hingga 31hb Disember.


G. Penyimpan akaun-akaun pendapatan dan Perbelanjaan Persatuan

(i) Akaun Persatuan hendaklah diodit oleh dua (2) orang yang tidak menjadi ahli Jawatankuasa dan mereka hendaklah dicalonkan oleh ahli-ahli Persatuan dalam mesyuarat agung tahunan.

(ii) Penyata kira-kira yang telah diodit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan yang berikut.

(iii) Satu salinan penyata kira-kira yang telah diodit dan diluluskan oleh mesyuarat agung tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar Sekolah Negeri.
H. Koram

(i) Koram bagi mesyuarat agung hendaklah tidak kurang daripada empat puluh lima (45) orang ahli.

(ii) Koram bagi mesyuarat Jawatankuasa hendaklah sebanyak 2/3 bilangan ahli-ahli Jawatankuasa.


I. Mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung tergempar

(i) Kuasa Persatuan hendaklah terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.

(ii) Mesyuarat agung tahunan hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun sebelum akhir bulan Mei.

(iii) Suatu mesyuarat agung tergempar hendaklah diadakan :

a. Apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa.

b. Atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu ratus (100) orang ahli Persatuan dan mesyuarat itu hendaklah diadakan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari daripada tarikh penerimaan permintaan tersebut.

(iv) Sekurang-kurangnya empat belas (14) hari notis hendaklah diberikan secara bertulis untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari notis bagi Mesyuarat Agung Tergempar.

(v) Urusan mesyuarat agung tahunan ialah menerima laporan Jawatankuasa dan penyata kira-kira yang telah diodit bagi tahun yang lalu, memilih pemegang-pemegang jawatan dan menimbangkan lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan Persatuan.

(vi) Urusan mesyuarat agung tergempar hendaklah dihadkan hanya kepada maksud-maksud mesyuarat diadakan.


J. Pindaan Perlembagaan Persatuan

Perlembagaan Persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada perlembagaan hanya berkuatkuasa mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar Sekolah Negeri.


K. Harta dan Amanah

(i) Persatuan adalah mempunyai kuasa untuk mempunyai, mengguna dan melupuskan apa-apa harta alih atau harta tak alih yang mana pada pendapatnya dikira akan memudahkan ia menjalankan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya.

(ii) Empat (4) orang pemegang amanah hendaklah dilantik di mesyuarat agung tahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Persatuan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tak alih kepunyaan Persatuan dan mereka hendaklah menguruskan harta-harta itu mengikut cara yang diperintahkan oleh Jawatankuasa.

(iii) Pemegang amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukar harta kepunyaan Persatuan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung ahli-ahli.

(iv) Seseorang pemegang amanah boleh dilucutkan dari jawatannya oleh Jawatankuasa oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidak memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakkan jawatan atau pembuangan bagi seseorang pemegang amanah sebelum mesyuarat agung tahunan maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Jawatankuasa sehingga pemegang amanah yang baharu dilantik di dalam mesyuarat agung.

(v) Pemegang amanah yang dilucutkan daripada jawatannya mengikut Perlembagaan ini berhak merayu kepada mesyuarat agung yang berkuasa memberi keputusan yang muktamad.


L. Larangan

(i) Persatuan tidak boleh memperluaskan bidangkuasanya kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru-guru dan kakitangan-kakitangan lain di SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK, SEREMBAN.

(ii) Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan di antara Persatuan dan Pengetua atau kakitangan sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan.


M. Tafsiran

Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam Perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara tersebut adalah muktamad.


N. Pembubaran

Persatuan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan kelulusan bertulis daripada Pendaftar Sekolah Negeri. Segala harta alih atau harta tak alih tidak boleh dilupuskan melainkan dengan kelulusan Pendaftar Sekolah Negeri.


Tujuan lamanweb ini adalah untuk mewujudkan satu platform di mana para ibu bapa dan guru boleh melibatkan diri secara langsung dalam program pembaikan pendidikan anak-anak, dengan secara terancang. PIBG perlu memainkan peranan yang berkesan untuk membantu pihak sekolah mencapai kecemerlangan pendidikan, kokurikulum, modal insan, kebajikan anak-anak, keceriaan, dan keselamatan sekolah/asrama.

PIBG merupakan entiti penting di dalam sekolah, berperanan sebagai rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan isu yang timbul agar ia tidak menghalang kemajuan anak-anak di sekolah. PIBG membolehkan para ibu bapa dan guru-guru berkongsi serta bertukar pendapat/maklumat mengenai pendidikan masakini dan kaedah untuk meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum anak-anak. Pembangunan modal insan pula perlu menekankan sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak, dan jati diri pelajar yang akan melahirkan generasi pelajar yang berkualiti, bersepadu, dan seimbang. Oleh itu, anak-anak akan mampu bersaing secara global, berdikari, kreatif serta berjaya dalam apa juga bidang yang akan mereka ceburi. Ini hanya akan dapat direalisasikan jika semua pihak memahami dan berperanan dalam melaksanakan tugas ini serta mampu melakukan pengorbanan harta, tenaga dan buah fikiran bagi mencapai matlamat melahirkan pewaris agama, bangsa dan negara yang memiliki pakej daya intelek yang tinggi, berakhlak serta memiliki keutuhan moral yang tinggi. Disamping itu PIBG juga boleh berusaha untuk melengkapkan prasarana keperluan fizikal sekolah dan pelajar seperti makmal komputer, pusat sumber yang mapan, kemudahan sukan dan rekreasi yang mantap dan lain-lain lagi yang mampu menyokong kecemerlangan sekolah.

Melahirkan generasi pelapis negara bukanlah tanggungjawab yang hanya perlu dipikul oleh institusi pendidikan, ibu bapa dan guru jelas mempunyai peranan yang besar dalam pembentukan peribadi pelajar ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi. Sehubungan dengan itu ibu bapa tidak boleh mengambil sikap lepas tangan mengenai pendidikan anak-anak serta menyerahkan seratus peratus tugas mendidik kepada guru di sekolah.

Inilah agenda yang akan menjadi matlamat serta perjuangan kami di barisan kepimpinan dan pengurusan PIBG. Dan bukannya menjadikan PIBG sebagai platform politik murahan, mengejar nama dan pangkat, atau merebut jawatan demi kepentingan diri sendiri dan mempunyai agenda tersembunyi yang tidak memberi sebarang manfaat dan kebaikan kepada pembangunan sekolah dan masa hadapan anak-anak. Jika kita menginginkan anak-anak mencapai tahap intelektual yang tinggi, kita perlu melakukan pengorbanan, sokongan padu daripada para ibu bapa semua amat diperlukan dengan memberikan apa-apa sumbangan yang termampu seperti peralatan dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, sumbangan kemahiran dan kepakaran, sumbangan tenaga dan buah fikiran dan juga sumbangan kewangan. Jadi, sokonglah PIBG anda, contohnya kalau ada jualan barangan PIBG, ringan-ringankan tangan untuk membeli. Segala keuntungan akan masuk ke akaun PIBG yang mana manfaatnya adalah untuk anak-anak kita.

Persatuan Ibubapa dan Guru SDAR, Seremban
Persatuan Ibubapa dan Guru SDAR, Seremban

 
New Members
emmax674 2012/5/19
jpbraun 2012/5/18
STurner1 2012/5/18
THughes3 2012/5/18
HubertK8 2012/5/18
Who's Online
13 user(s) are online (1 user(s) are browsing About Us)

Members: 0
Guests: 13

more...